Social Icons

Sunday, 21 April 2013

Kencing Manis



Kencing manis atau Diabetes adalah penyakit yang selalu kita dengar. Bagi masyarakat Malaysia, penyakit ini adalah antara yang popular.

Saya ada beberapa orang customer yang mengalami masalah ini. Apa yang menarik adalah, bila seorang itu melakukan body scan menggunakan body composition monitor, kita dapat melihat keterkaitan masalah berat badan khususnya body fat dan visceral fat dengan penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis ini.

Seorang dari mereka yang juga merupakan kerabat kami, telah pun memiliki penyakit ini namun masih ditahap awal. Seperti lazimnya pesakit kencing manis, beliau memiliki satu "tompok" gatal-gatal yang berair di atas salah satu kakinya. Menurut beliau, gatal-gatal itu telah lama bertapak di situ dan tidak sembuh-sembuh.

Kami mengajak beliau mengubah pola pemakanan dan gaya hidup menggunakan nutrisi hebat Herbalife. Alhamdulillah setelah seminggu, "tompok" gatal berair di kakinya terus mengalami perubahan. Elok lepas dua minggu, ia sudah pun kering.

APA ITU KENCING MANIS

Saya terpanggil untuk mengenali penyakit ini. Memang biasa saya dengar tetapi hakikatnya saya tidak memiliki apa-apa maklumat mengenainya.

Kencing manis adalah kencing yang manis. Saya tidak pasti apakah ada orang yang pernah benar-benar mencuba rasa kencing sehingga mereka mengetahui bahawa ia manis.. Hehe.. :) Jadi bagaimana mereka tahu yang kencing itu manis?

Rupa-rupanya, manis adalah suatu yang berasal dari gula. Apabila gula dari makanan yang di makan oleh seseorang itu tidak diterima tubuh lalu dibuang melalui kencing maka keadaan itulah yang dinamakan kencing manis.

Ia bukanlah keadaan yang normal. Setiap makanan yang kita makan akan dipecahkan atau dicerna oleh enzyme. Pemecahan makanan itu bertujuan untuk mengeluarkan "glucose" atau "gula" yang kemudian akan mengalir di dalam saluran darah untuk dihantar ke sel-sel yang akan digunakan sebagai tenaga untuk kegunaan tubuh dan organ kita.

Glucose yang kita peroleh dari makanan itu pula tidak dapat diterima oleh sel (tak dapat masuk sel) tanpa bantuan insulin yang dihasilkan oleh pankreas. Seorang yang mengalami masalah kencing manis akan menghadapi antara dua kemungkinan. 1. Kekurangan dalam penghasilan insulin. 2.Kegagalan sel untuk bertindak balas terhadap insulin. Kedua kemungkinan ini mengakibatkan, "glucose" yang tidak digunakan tadi dibuang melalui air kencing. Jadilah kencing itu manis.

STATISTIK



Menurut sumber di atas, peningkatan kelaziman kencing manis dikalangan masyarakat Malaysia mengalami peningkatan sebanyak 31% dalam masa 5 tahun iaitu dari 2006 hingga ke 2011. Lebih mengejutkan lagi, peratusan yang sangat tinggi menunjukkan ramai yang mengidap  "pre-diabetic" (peningkatan kadar gula melebihi paras normal tetapi belum merbahaya)  namun dibiarkan dalam keadaan tidak dirawat. Mungkin berpunca dari kurangnya maklumat mengenai tanda-tanda penyakit dan maklumat mengenai penyakit itu sendiri.

** Pra-kencing manis tidak memiliki tanda-tanda awal. Ia hanya peningkatan gula dalam darah melebihi normal. Jika diabaikan maka akan menyebabkan seorang itu menghidap kencing manis. Satu-satunya cara pencegahan adalah menjaga pola pemakanan. Mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan pemeriksaan secara berkala.

Perlu juga disebut secara khusus, antara penyebab utama pra-kencing manis adalah memiliki BMI melebihi 23. Mempunyai ukuran lilit pinggang melebihi 80cm untuk wanita dan 90cm untuk lelaki.

TANDA-TANDA

Secara ringkas : 1. Kerap kencing. 2.Selalu dahaga. 3.Turun berat badan mendadak. 4.Penglihatan yang tidak jelas (blur). 5. Hyperventilation. 6.Nausea, vomitting, heartburn or abdominal pain. 7.Kebas-kebas. 8.Luka lambat sembuh. 9. Masalah kulit. 10. Kurang tenaga.

Berikut adalah petanda-petanda asas. Ia mungkin ada persamaan dengan petanda penyakit lain. Sila rujuk doktor untuk kepastian.



Penyakit ini tidak boleh dibiarkan saja. Ia boleh menjadi penyebab pintu kepada penyakit-penyakit lain (Komplikasi). Jantung, strok, buah pinggang dan lain sebagainya.

PEMAKANAN

Masyarakat Malaysia memiliki pola pemakanan dan gaya hidup yang sangat tidak sihat. Budaya melepak di kedai mamak atau kedai kopi atau cafe atau fast food restaurant atau yang lainnya adalah sebuah budaya yang dikongsi secara meluas oleh masyarakat bandar khususnya. Bermula dari usia belia lepasan sekolah hinggalah warga emas.

Contoh paling dekat yang mengejutkan saya adalah ayah saya sendiri. Sebagai seorang pegawai di syarikat swasta saya berjaya memerhatikan beliau mengambil teh tarik paling sedikit 4 kali sehari. Sarapan dan makan tengah hari adalah wajib. Kadang ada break beberapa minit antara session minum lagi. Setiap kali keluar sama ada dengan staff, bos, kawan, client yang berlaku beberapa kali sehari pasti akan menyebabkan beliau minum lagi. Siapalah yang nak masuk kedai untuk order air panas saja. Tentunya tidak.

Kanak-kanak pula dibesarkan dalam kehidupan yang mesra soft drink dan mesra semua yang sangat rendah khasiat seperti nuggets, burger, kentang goreng dan yang seumpamanya.

Kesimpulannya, pola pemakanan dan ketidakpedulian kita menjadi penyebab utama peningkatan 31% penghidap kencing manis di Malaysia. Peratusan ini sentiasa akan bertambah. Jika merujuk kepada data statistik yang ada tidak pun menunjukkan tanda-tanda penurunan.

UBAH

Perubahan terbesar yang saya sendiri lakukan adalah dengan menjadikan gula sebagai MUSUH!!

Mengapa gula merupakan musuh!?

Kita sebenarnya tidak memusuhi gula, kerana hakikatnya di dalam setiap makanan mengandung gula. Namun gula yang didapati dari buah-buahan dan sayuran merupakan gula yang memiliki zat, nutrisi. Sedangkan gula dari 'gula' hanyalah rasa manis yang sama sekali tidak memiliki nutrisi.

Apa yang lebih menyedihkan, apabila sistem tubuh yang melibatkan insulin, glucose dan sel terjejas. Pesakit kencing manis bukan hanya tidak boleh mengambil gula, malah mereka perlu berhati-hati terhadap beras dan buah-buahan. Bukan itu suatu yang menyedihkan!?

Maka, ambillah tindakkan sebelum perkara menjadi semakin teruk.

PRODUK HERBALIFE

Tawaran Herbalife adalah menyediakan makanan yang mengandungi zat-zat berkhasiat dalam kadar yang sangat tinggi, namun memiliki paras gula yang sangat rendah. Antara keistimewaan Shake Herbalife adalah kerana ia merupakan kompleks karbohidrat yang mengawal tahap paras gula dalam tubuh sehingga menghasilkan insulin yang juga terkawal. Hasilnya, gula dan insulin tidak melonjak naik tiba-tiba dan tidak mendadak turun tiba-tiba. Kestabilan ini adalah kunci mengapa ia mampu mengawal rasa lapar disamping menyalurkan nutrisi terbaik kepada sel.

Begitu banyak testimoni yang telah diberikan oleh pengguna Herbalife yang melibatkan masalah kencing manis. Mereka dengan izin Allah, tidak lagi bergantung kepada insulin tambahan yang perlu diinject ke dalam tubuh mereka, malah masalah-masalah yang berpunca dari kencing manis turut mengalami perubahan positif.

Jika anda mengalami penyakit ini, yakinlah dengan makanan nutrisi sihat Herbalife. InsyaAllah, perubahan akan terjadi kepada diri anda.

MULAKAN DENGAN DIRI ANDA

Menyedari kepentingan ini, buat pertama kalinya, saya dan isteri melakukan pemeriksaan kadar gula di farmasi berdekatan. Ia hanya memerlukan beberapa ringgit sahaja untuk sekali pemeriksaan. (Mungkin percuma di klinik kerajaan : saya tidak pasti). Lakukan setahun sekali atau beberapa tahun sekali. Sekadar mengambil langkah peduli terhadap karuniaan ilahi. Peduli terhadap diri sendiri. Sungguh benar pepatah arab menyebut,

" Kesihatan itu umpama Mahkota di atas kepala mereka yang sihat, ia tidak terlihat melainkan oleh mereka yang sedang sakit.."

Pertama kali saya dan isteri membuat semakan kadar gula dan kolestrol. RM 10 per individu di Caring Kota Damansara

No comments:

Post a Comment